Rabu, 18 Julai 2018

Nak jadi minimalis

Hi & Assalamualaikum,

Dalam beberapa bulan ni aku banyak jugak buat research macam mana nak jadi minimalist. Rasa macam its time to live in a simpler way. Yelah, aku dari kecil, hidup dengan 9 adik beradik. Bayangkan dulu rumah banyak gilaa barang. Barang untuk 10-11 orang dalam satu rumah. Dari sekolah rendah sampai ke universiti, dari buku tulis sampai ke bahan mengajar ibu ayah aku. Baju dari yang kecik sampai ke besar. Barang mainan dari yang elok sampai yang rosak. Pastu ada barang niaga lagi. Pastu barang bundle taktau apa guna. Konklusinya, Our house is full of stuff.

Lepas kahwin, ada rumah sendiri, its time to actually do it! Lagi bagus kita start masa rumah masih kosong ye kawan kawan (walaupun rumah aku sekarang macam dah banyak jugak je barang).

Langkah langkahnya;

👆 Tuliskan niat kita yang tulus. Kena buat list kenapa kita nak hidup dengan lebih tenang dan minimal. Serabut dengan barang banyak?Tulis. Duit habis sebab beli baju banyak sangat?Tulis. Membazir amalan syaitan?Tulis.

✌ Buang barang yang sama. Kadang kadang kat rumah baju t-shirt hitam yang sama je ada 3. Seluar jeans ada 10. Kasut ada 15. Tudung ada 1000?! Ish banyak gilaa. Padahal korang mesti last last nye pakai tudung hitam yang tu juge lerr. Kalau extreme sangat ayat buang yang bold tu, tukar kepada asingkan barang yang sama. Kita tak perlukan lebih daripada dua seterika dalam bilik kita. Come onnn

👌 Gunakan ruang secukupnya. Rumah kecil, ruang kecil. So kuantiti barang korang sepatutnya kecil jugak la. Selalu kita rasa problem kita kena beli almari lagi sebab baju tak muat. Kita twist sikit pemikiran tu jadi jangan beli barang dah sebab kabinet dah penuh maknanya barang kita dah cukup. Get it? Ataupun guna 1 in 1 out system. Beli satu, satu kena keluar. Out you go to charity

Beli barang yang kita suka sahaja. Masa nak beli barang, bila pegang barang tu kena fikir, tahun depan apa akan jadi pada barang ni. Aku nak guna lagi tak. Kalau jawapan dia, macam err takk jee. tahun depan nak beli lain la yang baru ke. Don't buy! Beli barang yang kita rasa best je. Hidup tak sempurna tanpa barang ni, malam termimpi mimpi kalau tak beli. Kalau dah hidup tak tenang tu beli je la. Kau beli dumbbell pastu guna sekali je kenapaa. Nangis dumbbell tu sedih kenapa beli tak pakai, derma la aku kat gym. Dumbbell pun pandai bebel.


Jadi, kenapa buat blog ni? Saje je nak buang masa. Haha. Korang tak dapat lagi keee aku tengah fulfill langkah yang pertama tadi. Tulis. So, masa akan datang nanti boleh refer dan tengok progress. Akan aku update progress tu nanti insyaAllah


Suka tengok rumah yang clear dan bersih je macamnii




Till then,
See you when I see you.

Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, s...