Selasa, 20 November 2018

Hari Laparoscopy

Masa aku nak masuk hospital, aku banyak jugak cari blog untuk aku baca pasal pengalaman orang camne dia kena operate n so on, so aku pun rasa macam nak tulis la pengalaman aku supaya orang yang nak kena laparoscopy nanti pun boleh expect what will happen. Tapi ni memang pengalaman aku je la, orang lain mungkin lain pengalaman dia.

Aku admitted di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Bangsar pada 14/11/18 petang. Pagi tu pun sempat je masuk kerja pergi office sebab rasa bersalah nak MC awal hahar. Sampai kat hospital pukul 2, register kat admission counter tapi sebab hospital pantai macam ramaii gila orang, lama kot tunggu. Pukul 3.50 petang baru dapat bilik. Tu pun dapat 2 bedded sebab 1 bed room dah penuh. Husband aku dah siap bawak baju dah nak tidur kat hospital tapi sebab 2 bedded, nurse tak bagi stay lebih pukul 10 malam, takut ganggu roommate la kott. Roommate sangatt. 

Hari pertama walaupun 2 bedded, satu lagi katil kosong je. Bila dah masuk lepak lepak tengok tv kat bilik dengan husband, lewat petang sikit nurse datang ambil darah. Sebenarnya aku tak bagitau sesape sangat pun aku masuk hospital. Husband aku je bagitau family dia. Aku siap cakap lagi kat dia sebelum masuk hospital tu, "takyah bagitau sesape la ek" pastu dia cakap 'haah bagitau family dan yang terdekat je la kan' Hahahahh aku dalam hati macam tu sesape la tu lol. So petang tu in laws datang. Actually, aku pun taktau apa benda baik aku buat kat dunia ni sebab dapat keluarga/mertua yang baik macam ni. Dorang hari hari datang kalau aku masuk hospital, saje bagi semangat kasi peluk cium. Huuuu ok sambung cerita, malam first, doktor bius aku, Doktor Nazri datang buat simple check up untuk esok. Dia tanya ada allergy tak etc. Doktor Nazri ni macam sangat friendly and suara dia senang nak kenal, dia bagitau operation esok pukul 1 petang, operation last dengan Dr Hamid Arshat. Dan malam tuu, tidur la sengsorang kat hospital


Hari khamis 15/11/18, sebenarnya tak boleh nak tidur sebab tak pandai tutup lampu yang atas kepala. Noob gila. Aku siap whatsapp husband aku tau tak camne nak tutup lampu, tapi malam tu dia dah tidur sadis sungguh pagi pagi pukul 4.30 pagi nurse datang macam kejut gitu haha, pastu dia cakap dia nak bagi ubat pastu tanya dah shave ke hahaha nasib baik dah. "Ok mengiring pastu tarik seluar paras peha" Nasib baik aku tengah mamai aku ikut jela Piuu di tembak ubat berak ikut bontot. Eh ok, geli ke cerita ni? Ermm skip la kalau taknak baca haha. Pastu dia pesan "Ubat ni tahan 5minit nanti bila rasa nak berak boleh berak ye" aku pun cam okay nurse. Tak sampai seminit je bergelodak perut haharr and the rest is history. Sempat jugak la aku tanya nurse camne nak tutup lampu rupanya ada tali halus tu kena tarik untuk tutup. Haiyoo lepas subuh aku pun sambung la tidur hu hu hu

Sementara tunggu operation pukul 1 tu lepak jela taktau nak buat apa tengok tv pun macam tv yang tengok aku, tiba tiba datangla roommate aku, orang korea plak tu. Dia ada breast cancer. Tapi aku tak borak pun ngan dia sebab dia tak suka pasang aircond. Saje je nak bagitau walaupun tak kena mengena. Dalam pukul 12 nurse dah suruh aku siap siap pakai gown ot. 


Nurse cakap nak bagi injection untuk hilang nerves, tapi aku macam nak cakap kat dia aku tak nerves  pun tapi aku redha je la dia inject kat punggung.. huuu lepastu terus rasa macam ke awang awangan ngantuk gitu. Sebelum tolak pergi operation theater tu, nurse tanya "Harini puan akan buat operation apa?" "Dengan doktor mana?" "Siapa doktor bius?" "Ni tandatangan siapa?"*sambil tunjuk sign aku kat concern form tu. Aku jawab la semua, ada jugak cheat sebab tak ingat nama doktor bius tu aku intai kat board belakang katil aku. Masa exam pun tak buat cemni.

Nurse tolak katil yang sama untuk masuk OT. OT kat level 1, dalam perjalanan tu, husband dengan in laws aku pun ikut la sekali. Sampai depan bilik sebelum OT tu ada satu bilik waiting room yang dorang boleh tunggu kat situ. Aku pun masuk dalam ruang menunggu untuk operation tu dan ada nurse lelaki yang tanya soalan sama macam nurse kat bilik awal tadi tanya. Kali ni lancar je la aku jawab, walaupun suara slow je sebab ngantuk. Dia tanya tadi ada nurse bagi ubat ke tak etc untuk double confirm. Baguih la naa hospital pantai ni. 

Tunggu punya tunggu, sampai la Doktor Nazri datang dan cakap mende yang aku tak ingat. Dia yang tolak katil aku sampai ke OT. Yang aku ingat dia cakap "second thinnest patient for today ya" sambil gelak. Amboi. Pastu ada la beberapa orang dalam OT tu, aku kena tukar katil dan tangan kiri kena serahkan kat Dr Nazri untuk dibius. Pastu bila rasa cam sakit je kena cucuk ada nurse bagi gas ikut mulut tu, terus padam.

Sedar sedar dah ada nurse tengah check file aku. Tapi dia tolak balik aku kat ruang menunggu yang awal awal aku masuk tadi. Mamai gila time ni, bila start nurse tarik katil aku, aku tanya dia "What time is it now?" Nurse jawab 'Near to 7' . Aku pun cam "Ha?" Dia ulang '15 minutes to 7'. Dalam mamai tu pun aku boleh fikir apasal lama sangat kesian la laki aku tunggu lama oi. Rupanya nurse cakap aku kena tahan lama sebab BP aku low. Doktor tak happy tengok BP, dia bagi stabil baru dia lepaskan aku.

Sakit tu rasa la masa nurse suruh ngengsot tukar katil. Rasa macam perut ni baru lepas kena toreh. Tapi memang pun kan. Terus la tidur sampai keesokan harinya. Sedar sekejap sekejap je macam mimpi masa husband cakap nak balik dah dan dengar orang orang borak gitu. 

Bangun pagi pun macam tak bangun gak sebab dah pakai tube kencing ngan ada satu tube darah apa tah sambung kat perut. Bapak ngeri nye aku tengok. Pastu kat tangan pun ada masuk air ngan ubat tahan sakit kot. Subuh subuh tu Dr Nazri datang tanya ok tak apa semua. Aku pun cam "Doktor, should i move around?" Doktor cakap "No no, don't move" Pagi sikit dalam pukul 8 tu Doktor Hamid Arshat datang, cerita apa dia buat masa operation. Dia cerita detail buang cyst 5cm dan bagi aku semangat, ada je yang lagi teruk boleh pregnant dia kata, pastu dia pesan jaga makan, kalau boleh jadi vegetarian, aku pun mamai mamai tu tangkap sikit sikit jela. Dia kata esok pagi dah boleh discharge.

Bila doktor kata esok boleh discharge, aku dalam kepala rasa macam eh patutnya aku dah boleh jalan ni. Tapi camne nak jalan sebab ada segala macam tube ni. Bila nurse datang pun aku duk tanya bila boleh remove tube sebab doktor kata boleh discharge esok. Haha nampak tak semangat tu. Petang tu nurse remove tube kencing. Nyilu siot. Pastu beberapa jam kemudian tanya aku dah kencing belum. Aku cakap la belum sebab camne nak kencing ada tube darah kat perut dengan tangan ni ada masuk ubat gantung tu lagi. Bila dah habis ubat tu, nurse cabutkan, baru la free sikit, aku pun try tukar posisi duduk duduk. Dah la dua hari tak mandi plak tu. Orang nak melawat pun aku macam eh malunya takyah datang pun takpe. Sorry ekyn n didi. Woha

Hari sabtu, 17/11/18 pagi tu aku dengan semangat nak balik, tunggu husband datang untuk settle bill discharge. Pagi pagi nurse datang, dia pakai baju IMC warna putih cakap nak cabut tube yang darah tu. Dia ditemani nurse pakai baju pink so aku cam assume dia ni budak tengah training ke intern kot sebab aku tengok dia pegang kapas pun gigil gigil je. Dia bukak plaster kat perut aku siap tertekan perut aku. Aku pun pegang je tangan dia cakap "u tekan perut i" Haha.. Lepastu nurse pakai baju pink ni ambil alih, dia cabut plaster slow slow je siap borak lagi share pengalaman akak pun penah kena, doktor tarik plaster laju laju, ni akak buat slow slow ye.
Image result for laparoscopy
If you guys wonder camne luka operation laparoscopy kat perut, ada tiga lubang. macam dalam gambar (tapi gambar ni ada 4. anggap la ada 3 je pilih la memana point haha). Nak gambar lain gugel la sendiri

Okay, part paling nyilu sekali dia cabut tube vacuum darah tu belah kiri perut. I cried a river. Budak baju putih yang gigil tu plak tu yang tarik. Sakit siot takleh digambarkan dengan kata kata dia siap tarik tiga fasa lagi. Nurse baju pink pun banyak kali pesan kat dia kasi patient bertenang dulu. Tarik nafas, tarik! tarik nafas, tarik! (Ok dah macam tarik tali)

Image result for laparoscopy blood tube
tube tu macam ni, kalau korang tanya kenapa sambung dalam perut, i have no idea.


Lepas cabut semua jarum kat tangan apa semua, nurse tu spray waterproof spray untuk elakkan luka kena air. Sebab luka tu masih berjahit. Nampak la ada benang. Hari ke-11 baru kena pergi klinik untuk cabut jahitan. Then, husband datang, settle GL, balik rumah mandi, Pastu pergi nikah Suraya  macam takde apa jadi hahah. So, harini, hari ke-7 masih berehat di rumah, buat blog cite kat orang. Kalau tanya do you want to undergo another surgery, the answer is definitely no, thank you.

me walking away from the hospital haha




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, s...