Memaparkan catatan dengan label konmari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konmari. Papar semua catatan

Khamis, 15 Ogos 2019

7 Hari Cabaran Konmari

Untuk yang baru baru nak start konmari, kita cuba dulu seminggu. Jom..

Hari Pertama - Kemas almari baju dalam bilik tidur, lipat kaedah konmari.

Amati dan tengok satu persatu setiap helaian dalam almari kita. Haa kalau korang tengok Marie Kondo punya series kat netflix, langkah pertama ialah kumpulkan semua baju letak di atas katil buat macam gunung. Dari situ kita boleh tengok tinggi gunung mana baju baju yang kita dah kumpul. Ada cam bukit kutu ke gunung nuang ke ikut masing masing punya habit la.

Tanya diri sendiri; mana yang selalu pakai, mana yang sparks joy. Pegang setiap helai, kalau rasa happy, simpan. Kalau rasa size baju tu tak kena, yang simpan sebab sekali pakai je, cakap terima kasih dan bye bye. 

Kaedah konmari cadangkan kita supaya lipat dalam bentuk yang kita boleh tengok setiap helaian baju in one glance. Gitu. So, takkan ada baju yang tersorok yang lepas berkurun pun kita tak ingat eh, ada lagi baju tu...

Hari Kedua - Bagi ruang di pintu masuk rumah untuk keperluan harian

Pintu masuk rumah selalunya ada tempat di mana kita letak kunci, surat-surat, kasut, beg, semua barang dalam poket dan sebagainya. Ambil 10 minit dan kemas supaya hanya barang yang betul betul penting je letak kat sini. Takdela kunci kereta asyik hilang, misplaced ke apa

Hari Ketiga - Buang atau kitar semula kertas, majalah dan surat khabar lama

Kalau ikut kaedah konmari, simpan kertas kertas atau buku lama ni cuma membazir ruang dan mengumpul habuk je. Kita sebenarnya hanya perlu simpan yang penting, iaitu warranty card (ni pun kalau dah habis, boleh buang), sijil lahir, sijil kahwin, sijil sijil penting buh dalam CV, sijil insurans, haa tu je la. Yang lain lain macam resit, bil letrik dua tahun lepas tu, semua dah boleh recycle la kot.

Buku buku yang kita simpan pun kena pastikan yang betul-betul kita sayang dan rasa macam nak baca lagi. Kalau memang taknak baca, boleh la bagi orang lain baca. Kan ke lagi dapat pahala tu..

Hari Keempat - Kosongkan rak-rak dan almari di ruang tamu dan ruang makan

Hari yang keempat dah lebih separuh minggu sepatutnya dah makin senang. Kecuali kalau rak kita penuh dengan barang barang hiasan yang taktau datang dari mana. Sama macam hari ketiga yang kita buat dengan buku buku, barang barang lain pun kita boleh guna kaedah yang sama. Keep in mind, ramai lagi yang akan rasa benda tu berguna kalau bukan kita. So, donate! 

Hari Kelima - Hadkan barang bilik air atau meja make up kepada yang penting sahaja

Bilik air selalunya banyak gila barang. Kadang kadang taktahu kenapa rumah yang ada 4 orang je tapi berus gigi dalam bilik air ada 8, sabun ada 3-4 jenis. Hehe. Cuma kena ingat, kita takkan guna dua jenis shampu dalam satu masa. Jadi, hadkan dan setia kepada satu. Jimat ruang dan masa untuk memilih sabun apa nak pakai harini. Tahu tak barang mandi dan make up pun ada expired day? Selalu bedak compact tu ada gambar botol & 6m kat bawah kotak, maksudnya lepas 6 bulan kita bukak bedak tu, bahan dalam produk dah tak elok dah nak pakai.

Hari Keenam - Hadkan dan limitkan barang dalam kategori linen dan tuala

Cadar dan tuala selalu disimpan lama sebab prepare kalau kalau tetamu datang. Muhasabah diri kejap dan simpan yang cantik dan elok sahaja. Kadang kadang ada tuala yang dah berbulu tu, buang saje lah haha. Kalau yang masih boleh dipakai, tapi melebihi yang diperlukan, boleh sedekah. Boleh tengok tedtalk: how many towels do you need. 

Hari Ketujuh - Susun atur kabinet dapur dan peti ais

Buat keputusan samada barang dalam kabinet dapur kita disimpan sebab akan digunakan atau sebab nak penuhkan kabinet. Macam biasa, buang yang expired, derma yang taknak makan tapi masih elok, dan buang yang tak elok.


Hello hello, Siapa berjaya sampai ke hari 7??

Rabu, 18 Julai 2018

Nak jadi minimalis

Hi & Assalamualaikum,

Dalam beberapa bulan ni aku banyak jugak buat research macam mana nak jadi minimalist. Rasa macam its time to live in a simpler way. Yelah, aku dari kecil, hidup dengan 9 adik beradik. Bayangkan dulu rumah banyak gilaa barang. Barang untuk 10-11 orang dalam satu rumah. Dari sekolah rendah sampai ke universiti, dari buku tulis sampai ke bahan mengajar ibu ayah aku. Baju dari yang kecik sampai ke besar. Barang mainan dari yang elok sampai yang rosak. Pastu ada barang niaga lagi. Pastu barang bundle taktau apa guna. Konklusinya, Our house is full of stuff.

Lepas kahwin, ada rumah sendiri, its time to actually do it! Lagi bagus kita start masa rumah masih kosong ye kawan kawan (walaupun rumah aku sekarang macam dah banyak jugak je barang).

Langkah langkahnya;

👆 Tuliskan niat kita yang tulus. Kena buat list kenapa kita nak hidup dengan lebih tenang dan minimal. Serabut dengan barang banyak?Tulis. Duit habis sebab beli baju banyak sangat?Tulis. Membazir amalan syaitan?Tulis.

✌ Buang barang yang sama. Kadang kadang kat rumah baju t-shirt hitam yang sama je ada 3. Seluar jeans ada 10. Kasut ada 15. Tudung ada 1000?! Ish banyak gilaa. Padahal korang mesti last last nye pakai tudung hitam yang tu juge lerr. Kalau extreme sangat ayat buang yang bold tu, tukar kepada asingkan barang yang sama. Kita tak perlukan lebih daripada dua seterika dalam bilik kita. Come onnn

👌 Gunakan ruang secukupnya. Rumah kecil, ruang kecil. So kuantiti barang korang sepatutnya kecil jugak la. Selalu kita rasa problem kita kena beli almari lagi sebab baju tak muat. Kita twist sikit pemikiran tu jadi jangan beli barang dah sebab kabinet dah penuh maknanya barang kita dah cukup. Get it? Ataupun guna 1 in 1 out system. Beli satu, satu kena keluar. Out you go to charity

✊ Beli barang yang kita suka sahaja. Masa nak beli barang, bila pegang barang tu kena fikir, tahun depan apa akan jadi pada barang ni. Aku nak guna lagi tak. Kalau jawapan dia, macam err takk jee. tahun depan nak beli lain la yang baru ke. Don't buy! Beli barang yang kita rasa best je. Hidup tak sempurna tanpa barang ni, malam termimpi mimpi kalau tak beli. Kalau dah hidup tak tenang tu beli je la. Kau beli dumbbell pastu guna sekali je kenapaa. Nangis dumbbell tu sedih kenapa beli tak pakai, derma la aku kat gym. Dumbbell pun pandai bebel.


Jadi, kenapa buat blog ni? Saje je nak buang masa. Haha. Korang tak dapat lagi keee aku tengah fulfill langkah yang pertama tadi. Tulis. So, masa akan datang nanti boleh refer dan tengok progress. Akan aku update progress tu nanti insyaAllah


Suka tengok rumah yang clear dan bersih je macamnii




Till then,
See you when I see you.

Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, s...