Selasa, 20 November 2018

Pengalaman Laparoscopy

Aku pun tak pernah dengar pasal endometriosis sampai la doktor diagnos yang aku ada mende tu. First time dengar pun tak dapat tangkap lagi camne nak eja. Doktor cakap dalam 10 perempuan, percentage sorang ada penyakit ni. Aku pun kira la keluarga dan kengkawan aku, semua macam takde je, aku la kot yang ke 10 tu. Puff

Back to my post, pengalaman laparoscopy aku. Aku baru je lepas operate dalam minggu lepas. Cerita dia start masa bulan 3 aku pergi klinik Dr Hamid Arshat, doktor sakit puan yang famous tu, orang yang takde masalah macam aku kompem tak kenal haha. Dia famous time mawar and fizo tu. Mawar pun kisahnya ada endometriosis la. Masa tu klinik Dr Hamid Arshat ada kat bukit jalil. First pergi, kena scan dulu. Transvaginal scan dekat klinik Hamid Arshat memang staff/doktor perempuan yang buat. Time tu dah detect ada 4cm cyst belah kiri. Sebab ada cyst, staff kat situ terus suruh buat appointment dengan Dr Hamid Arshat, dia bagi tarikh 11/4/18. Total cost RM70.00

Sementara tunggu 11/4/18 ni aku try la makanan yang sihat, alternative medicine, dengan harapan cyst tu boleh kecut. Bila appointment terus jumpa doktor, doktor cakap set tarikh untuk laparoscopy dan D&C sekali. Untuk kesuburan, doktor akan suruh buat HSG, sperm test dan sebagainya tapi sebab aku ada cyst tu doktor bagi makan ubat norculut sementara tunggu operation date. Aku ingat nak la scan lagi sekali mana tau cyst da takde ke hehe harapan sungguh tapi staff situ cakap, takde beza kot baru sebulan. Mmm hampa. Time ni bila nak set operation date, yang kosong pun 13/12/18. Lambat lagi dalam 8 bulan. Dr Hamid Arshat punya pasal... Aku tanya la staff tu, kalau tetibe cyst tu da takde bulan 12 kira takyah operate la kan nanti? (harapan lagi) "Ye puan, nanti tarikh da dekat kita check lagi kalau takde cancel la". Total cost RM210.00 (Consultation & norculut for 1month)

Aku pun meneruskan hidup dengan biasa. Makan sihat tu kira dah tak makan daging, fast food buang tepi, air manis pun tak minum, lebihkan sayur tapi still, yes ada cheat day. Sampai la rasa macam lupa ada cyst dan hidup seperti manusia yang tak risau akan apa apa hahaha yang pentingnya jangan stress la orang kata. Amboi tenangnya hidup takde stress.

Tetiba Sabtu, 10/11/18, staff Dr Hamid Arshat whatsapp, dia cakap ada tarikh kosong 15/11/18 kalau u nak proceed dengan operation. Aku time tu baru balik melawat anak kawan aku si syafik dan anaknya nuha tu. Aku pun cam baru tersedar dari lamunan 'eh ada lagi ke ek cyst aku hahahh' harapan lagi. Aku cakap la kat staff Dr Hamid tu, Kak Rohana, cakap kat dia saya follow up dulu la check kalau ada lagi saya proceed la. Dia suh datang Klinik Taman Desa sebab Klinik Dr Hamid kat Bukit Jalil dah tutup. 

Isnin aku datang, orang first sekali 7.30 pagi dah sampai sebab tak sempat amek cuti, harapannya kalau pegi awal dapat scan awal, dapat masuk kerja plak pastu. Memang kitorang (aku dan husband) orang first la datang, tapi last last doktor datang pukul 9 jugak, melangut jugak la tunggu tapi time tu memang ramai sangat da beratur. Klinik Taman Desa ni macam kecil sikit compare dengan kat bukit jalil tu, harga pun mahal sebab dikira bawah Hospital Taman Desa. First turn, masuk kena scan dengan Dr perempuan la taktau nama dia apa, dia cakap mm ni cyst dah 5cm kiri. Aku pun redha je laa, lepas tu terus jumpa Dr Hamid, dia terangkan apa dia akan buat siap bagi gambar lukisan dia lagi. Jumpa nanti di Hospital Pantai admitted hari rabu, 14/11/18. Total cost 311.00 (Consultation+tvs).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, s...