Selasa, 4 Disember 2018

Admission Cost Laparoscopy- Hospital Pantai

Kalau plan nak masuk/ admitted to Hospital Pantai KL, ni semua yang kena prepare (based on my experience in November 2018)

1. Walaupun korang ada GL, masih kena prepare duit untuk deposit. Hospital Pantai kata ni antara pesakit dan hospital. Haritu aku ada GL yang tunjuk macam ni


Perenggan pertama tulis Admission Guarantee RM1000 tu aku ingat takyah la nak bayar deposit, tapi kena jugak bayar sebab yang ni untuk cover benda benda yang tak cover (boleh refer dalam perenggan kedua GL). Deposit yang kena bayar adalah RM600. Mahal gak kan? Tapi haritu aku tanya officemate aku dia admitted sebab sakit belakang, kena bayar deposit RM300 camtu je. Depends admitted sebab apa kot? Anyway, for info, prince court takyah bayar pape deposit pun.

2. Kena bawak baju sendiri. Sehari sebelum admitted, staff Hospital ada call ingatkan pesakit kena bawak baju sendiri. So pandai pandai la korang agak berapa hari baju kena stay. Haritu aku cam ingat oh tiga hari je kot. Harini operate esok boleh keluar, last last cam tak cukup plak. Lagi satu, eloklah pakai baju yang berbutang ke.. Sebab tshirt sarung dari atas tu tak ke macam susah gitu, lagi lagi ada wayar berselirat kat tangan.

3. Hospital Pantai selalu penuh, so kena prepare la untuk tak dapat bilik sorang yang orang lain tak boleh teman bermalam. Ikut nasib. Tidur la sengsorang

4. Setiap pagi akan ada staff tanya "nak tukar cadar tak?". Aku sarankan kalau takde masalah, jangan tukar. Kenapa?
sebab semua tu akan di charge. Hahar aku buat silap la last day tu aku tukar, sebab ada darah sikit kat cadar - weh padahal nak balikk dahhh. Total 4 hari, aku tukar cadar last day sahaja, kena charge - sarung bantal je da RM20.80, bedsheet RM15, taktau apa satu lagi bedsheet RM52.40 tu tah selimut kot. Bila dah balik tu siap cakap kat husband, kalau tau dia charge, dah amek dah bawak balik cadar tu hahahah

Jumlah kos laparoscopy untuk ovarian cystectomy kalini RM19,337.20. Sebbaik ada insurance company hahar. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, s...