Ahad, 14 Julai 2019

Tutup ASBF - Berapa lama dapat duit principal

Oh haritu aku try la nak tambah ASBF ni saje untuk tambah simpanan. Aku buat macam duit kutu je sebab kengkadang hujung tahun dapat dividen tu aku guna je duit tu untuk belanja orang ke beli perabot ke beli motor pergi bercuti. Siapa yang rasa susah nak menyimpan tu boleh la buat force saving macamni.

Aku start buat ASBF masa start intern tahun 2013 dulu, start dengan RM10k je di Maybank KLCC. So sebulan bayar RM63. Tak rasa sangat pun sebab telefon pun aku pakai prepaid je sampai la dah 4tahun kerja baru tukar jadi postpaid. Masa tukar kerja dari Publika ke Mont Kiara tahun 2015, gaji ada naik sikit aku tambah lagi 40k di Maybank Mont Kiara. Sebulan RM245. Total sebulan RM308 la komitmen untuk simpanan ASB. Bolehlah kumpul duit kawin.

Baru baru ni (June 2019) aku pergi bank sebab rasa macam nak tambah lagi. Bila dah proceed tambah baru aku terfikir nak tanya, oo saya ada pernah buat ASB 50k bayar RM308 sebulan. Kalau ikutkan sekarang ni interest untuk 51k boleh dapat 4.9% je compare dengan aku buat 10k dulu 5.35%,  dan 40k tu 5.0%. Boleh refer kat bawah untuk jadual ansuran pelaburan ASB yang baru. Take note yang bayaran ansuran tu belum termasuk insurans/takaful.


Bila orang Maybank kirakan dia kata lebih berbaloi jual je sijil lama, buat baru (aku taktau la kalau buat baru dia dapat komisen ke apa haha) tapi kalau jual sijil lama boleh dpt dalam around RM4k. Pastu aku cakap aku okay je dengan amount sekarang around RM308 tu, so proceed untuk buat sijil baru RM55k dengan bayaran bulanan RM304. Wah jimat RM4 dan lebih dividen sebab ada extra RM5k. Cuma nak buat sijil baru tu kena charge RM10 untuk stamp duty & RM50 untuk proses sijil tu. (RM10 tolak dari saving, RM50 termasuk dalam loan). 

Kalau compare RM55k dalam jadual kat atas tu ansuran untuk 30tahun cuma RM292, tapi total sebenar kena bayar RM304 sebab termasuk takaful. Takaful ni kalau ada terjadi apa apa kepada aku, kematian atau kecacatan kekal, total loan baki daripada RM55k yang belum bayar tu dikira habis bayar dan dapat kepada waris.

So aku submit borang penjualan sijil pada 20/6/2019. 

1/7/19 saving account aku masih ditolak RM308 untuk sijil lama (dah diberitahu oleh pegawai Maybank tu penjualan sijil akan ambil masa dalam sebulan)

8/7/19 akaun ASB dah tolak 40k tapi dalam Maybank2u masih ada jumlah loan.

11/7/19 akaun ASB tolak lagi 10k

12/7/19 Maybank2u akaun loan dah jadi positif RM3k. 2 hari float dalam saving account

13/7/19 Duit dah masuk dalam saving account & boleh di keluarkan. Yehoo (Tapi 3k je la principal utk loan 40k)

Yang ASBL 10k tu tak sure kenapa lambat sikit, mungkin sebab masa buat loan tu bukan buat kat cawangan mont kiara jugak kot.

16/7/19 Principal 1k ada one day float utk ASBL 10k. Dan keesokannya duit masuk dalam saving.

Overal, duit principal boleh dapat tak cepat dan tak lambat sangat pun. Still dalam range sebulan daripada hari submit form jual.

Sekiann 


Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, s...