13/9/19
Honestly memang aku nervous gila pun untuk HSG. Aku baca ramai cakap sakit la apa sume tapi ada jugak yang cakap tak sakit. Aku pun letak mindset yang aku rasa pain-tolerance aku agak tinggi, sebab dah penah operate la apa kan. Tapi tetap nervous untuk result tu. Ada aje fikiran ni nak melayang cakap blocked tube la tetibe takde tube la apa la memacam hahah.
Aku & husband dah plan nak gerak awal sebab Daya X-Ray opening hours pukul 8.30am. Tapi bila da bangun pagi tu decide nak naik motor je sebab malas fikir parking dan jem, tetibe pukul 8am baru keluar rumah. Sempat pulak berenti breakfast kat Haslam.
Sampai kat klinik dalam 8.40am, aku tengok ada la dalam 3couple tengah menunggu giliran, aku pun bagi referral letter yang dapat daripada klinik Hamid Arshat kat kaunter. Masa untuk tunggu giliran.
Kat klinik ni hanya terima cash je. Dr Hamid ada bagitau dah haritu yang harga HSG di daya x-ray RM280. So memang aku dah cash out sehari sebelumnya. Bila sampai klinik Daya ni memang betul betul sebelah Maybank. So sape yang tetibe tak bawak cash boleh pegi sebelah je la withdraw duit.
Tunggu punya lama, tapi aku da prepare bawakkan earphone untuk husband aku pastu suh dia main PUBG. Haha. Dalam pukul 10.20am baru nurse panggil. Masuk dalam bilik nurse tanya soalan; "Nama? Sign kat sini. Bila hari pertama period? Pernah buat HSG? Pernah mengandung? Ada allergic pape? Rasa nak pergi toilet tak?"
Aku jawab nama aku, 4hb, tak, tak, tak, mmmm. Part toilet tu pending sikit hahaha pastu dia suruh jugak pergi toilet empty bowel. So aku pun pergi jugak la. Toilet tu memang dalam bilik x-ray tu je.
Keluar tu dia suruh tukar baju yang macam baju bedah tu. Tudung & bra boleh pakai. Nurse cakap "Doktor lelaki tapi ada dua nurse perempuan assist ya. Nanti bagi kerjasama jangan kepit, relax je". Mungkin dia taknak orang terkejut kot sebab doktor lelaki tapi aku cam da tau da sebenarnya.
Bila baring dah ready ready, doktor pun masuk dan suruh angkat kaki, macam orang nak beranak tu la. Laju gila dia buat pastu rasa cam senak gila. Tapi aku tahan tahan, nurse pun tanya, okay tak puan? aku pun jawab okay je. haha adoi ai padahal sakit gak la kalau ingat balik. Sambil tu dia amek x-ray shot kat perut, memang kena luruskan kaki dua tiga kali dengan ada benda dalam uterus tu sambil pusing kekanan sikit kekiri sikit. Sebab dia nak amek x-ray dari arah yang berbeza.
Aku rasa dalam 15 minit macam tu settle la. Pastu dia suruh rehat kejap dalam 5minit, dia bagi ubat sakit dan antibiotik, bagi pad jugak sebab dia cakap memang akan ada bleeding dan suruh tukar baju.
Aku keluar tu siap tersalah jalan lagi. Aku pegi straight je kemana tah padahal kena keluar pintu. Haha punya la tak berfikir panjang.
Pastu keluar aku cakap kat husband aku "Dah! kejap je kan" Dia pun cakap "Haah. Camne? Describe in one word" Haha aku takde word la nak describe, aku cakap kat rumah la cite. Huhuu
Nurse bagi MC, Resit, dan result X-Ray. Total cost memang RM280. Time ni aku tengok jam around pukul 11 la.
Pas balik rumah petang tu memang ada bleeding jugak. Sampai keesokan nya la kena pakai pad. Tapi spotting je la. Petang tu tidur je sebab ada la rasa senak senak kat perut tu. Boleh dikatakan hari ketiga selepas HSG baru la rasa cam normal balik. Dah takde spotting.
Sepatutnya kena pergi klinik Dr Hamid untuk review result, tapi tak sempat lagi. Nanti lepas review, kita update balik.
Daa