Ahad, 13 September 2020

Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, soalan dia tak technical sangat pun. Takde la tanya pasal MFRS ke apa.

Aku apply Petronas ikut website je. Sebab kawan kawan share iklan Petronas tengah cari orang. So, aku pun try la apply. Masa fresh grad aku berpendapat yang kalau takde cable memang susah la nak masuk Petronas. Tapi sebenarnya tak pun. Bila aku dah masuk tu, tanya bebudak office pun takde pun yang pakai cable. Tapi yang aku percaya, kalau rezeki tak kemana. Kan?

Sebelum panggil interview akan ada IQ & personality test. Kuiz 4minit 20 soalan yang laju gila memang pakai hentam je haha. Selepas sebulan dua akan dapat la email panggil iv.

Masa interview, akan ada dua panel. Selalunya sorang dari HR, sorang Manager Department tu. Masa interview memang dia pesan untuk fully communicate in English. Kalau boleh jangan rojak. Antara soalan soalan yang ditanya;

Soalan cliche. Tell me about yourself.

Why do you want to work in Petronas?

What is your life goals?

Where do you see yourself in 5 years?

3 words to describe yourself.

Do you have any ethical issues at your work? how do you handle it?

Do you have any conflict with person at work? how do you handle it?

How do you handle last minutes changes?

We want a loyal person. How would you describe your loyalty?

Do you have any intern or people under you? How would you describe yourself as a superior.

Do you have any questions?

So, semua soalan ni makan dalam masa sejam setengah jugak la.. Proses pulak makan masa 3 bulan. Kalau dalam masa 3 bulan, kau follow up tak dapat pape, tunggu je. Sebab kalau kau follow up, pastu dorang reply, usually akan cakap kau tak berjaya. Tapi kalau tak dapat reply. Tungguuu je la dan berharap dorang tengah proses/ vet application kau. Oh post ni memang fokus soalan apa yang ditanya je. Kalau tips tips mungkin aku post dalam post yang lain. Sekian terima kasih haha


Selasa, 17 September 2019

HSG di Daya X-Ray 2019

13/9/19

Honestly memang aku nervous gila pun untuk HSG. Aku baca ramai cakap sakit la apa sume tapi ada jugak yang cakap tak sakit. Aku pun letak mindset yang aku rasa pain-tolerance aku agak tinggi, sebab dah penah operate la apa kan. Tapi tetap nervous untuk result tu. Ada aje fikiran ni nak melayang cakap blocked tube la tetibe takde tube la apa la memacam hahah.

Aku & husband dah plan nak gerak awal sebab Daya X-Ray opening hours pukul 8.30am. Tapi bila da bangun pagi tu decide nak naik motor je sebab malas fikir parking dan jem, tetibe pukul 8am baru keluar rumah. Sempat pulak berenti breakfast kat Haslam.

Sampai kat klinik dalam 8.40am, aku tengok ada la dalam 3couple tengah menunggu giliran, aku pun bagi referral letter yang dapat daripada klinik Hamid Arshat kat kaunter. Masa untuk tunggu giliran.
Kat klinik ni hanya terima cash je. Dr Hamid ada bagitau dah haritu yang harga HSG di daya x-ray RM280. So memang aku dah cash out sehari sebelumnya. Bila sampai klinik Daya ni memang betul betul sebelah Maybank. So sape yang tetibe tak bawak cash boleh pegi sebelah je la withdraw duit.


Tunggu punya lama, tapi aku da prepare bawakkan earphone untuk husband aku pastu suh dia main PUBG. Haha. Dalam pukul 10.20am baru nurse panggil. Masuk dalam bilik nurse tanya soalan; "Nama? Sign kat sini. Bila hari pertama period? Pernah buat HSG? Pernah mengandung? Ada allergic pape? Rasa nak pergi toilet tak?"
Aku jawab nama aku, 4hb, tak, tak, tak, mmmm. Part toilet tu pending sikit hahaha pastu dia suruh jugak pergi toilet empty bowel. So aku pun pergi jugak la. Toilet tu memang dalam bilik x-ray tu je.

Keluar tu dia suruh tukar baju yang macam baju bedah tu. Tudung & bra boleh pakai. Nurse cakap "Doktor lelaki tapi ada dua nurse perempuan assist ya. Nanti bagi kerjasama jangan kepit, relax je". Mungkin dia taknak orang terkejut kot sebab doktor lelaki tapi aku cam da tau da sebenarnya.

Bila baring dah ready ready, doktor pun masuk dan suruh angkat kaki, macam orang nak beranak tu la. Laju gila dia buat pastu rasa cam senak gila. Tapi aku tahan tahan, nurse pun tanya, okay tak puan? aku pun jawab okay je. haha adoi ai padahal sakit gak la kalau ingat balik. Sambil tu dia amek x-ray shot kat perut, memang kena luruskan kaki dua tiga kali dengan ada benda dalam uterus tu sambil pusing kekanan sikit kekiri sikit. Sebab dia nak amek x-ray dari arah yang berbeza.

Aku rasa dalam 15 minit macam tu settle la. Pastu dia suruh rehat kejap dalam 5minit, dia bagi ubat sakit dan antibiotik, bagi pad jugak sebab dia cakap memang akan ada bleeding dan suruh tukar baju.
Aku keluar tu siap tersalah jalan lagi. Aku pegi straight je kemana tah padahal kena keluar pintu. Haha punya la tak berfikir panjang.

Pastu keluar aku cakap kat husband aku "Dah! kejap je kan" Dia pun cakap "Haah. Camne? Describe in one word" Haha aku takde word la nak describe, aku cakap kat rumah la cite. Huhuu
Nurse bagi MC, Resit, dan result X-Ray. Total cost memang RM280. Time ni aku tengok jam around pukul 11 la.

Pas balik rumah petang tu memang ada bleeding jugak. Sampai keesokan nya la kena pakai pad. Tapi spotting je la. Petang tu tidur je sebab ada la rasa senak senak kat perut tu. Boleh dikatakan hari ketiga selepas HSG baru la rasa cam normal balik. Dah takde spotting.

Sepatutnya kena pergi klinik Dr Hamid untuk review result, tapi tak sempat lagi. Nanti lepas review, kita update balik.

Daa



Follow up Klinik Hamid Arshat

4/9/19

Sepatutnya kena follow up 3 bulan lepas habis lucrin tapi nak buat appointment dengan doktor hamid arshat memang susah sikit. Email bulan 6 untuk set appointment bulan 7 tapi bulan 9 baru ada kosong.

Dah sampai klinik awal pagi, pukul 8.10am. Taman desa medical centre ni sebenarnya around 5km je dari rumah. Suprisingly harini tak ramai sangat orang. Aku orang ke-5. Sebab dari pengalaman yang lepas memang doktor akan masuk pukul 9. Aku pun tanya nurse ok  tak kalau pergi breakfast dulu. Nurse pun "ok ok boleh je" Aku & husband pun pergi breakfast dekat seberang jalan depan klinik tu.
Tapi sebenarnya dari awal pagi rasa nervous. Nervous yang macam rasa "i can't take it kalau tetibe ada cyst balik"

Masa nak breakfast pun ckp kat husband yang aku nervous. Dia pun tenangkan aku cam everything will be fine. Taktau la nape bila dia cakap camtu lagi la aku rasa nak nangis hahah. Aku tak makan pun. Cuma mintak air suam. Tapi air suam dia rasa cam air paip la plak. So minum dua teguk je.

Sampai klinik semula duduk kejap terus panggil nama aku untuk timbang berat & check blood pressure. Nurse cakap lepasni scan & jumpa doktor.

Masa scan tu cam biasa, klinik hamid arshat akan terus scan yang transvaginal scan tu. Keputusan lagi tepat la compare scan atas perut je. Doktor perempuan yang akan scan. Masa scan tu aku serahkan betul betul kat Allah je. Harap semua okay. Bila da siap aku tanya la, semua okay ke. Doktor cakap "Okay!.. Sebelum ni cyst besar ye?" Aku jawab "Haa bolehla..dua kali lak tu" Dia pun cam sengih kecik je taktau nak respond apa kot.

Keluar jumpa doktor, dia tanya bila start period, dan cakap lepas ni kena buat HSG.
HSG kena buat hari ke 9,10 atau 11 period. So, betul balik je office aku pun period. So kita tunggu hari ke-10 untuk buat HSG lak.

Total cost scan + consultation = RM208
Vitamin = RM15


Khamis, 15 Ogos 2019

7 Hari Cabaran Konmari

Untuk yang baru baru nak start konmari, kita cuba dulu seminggu. Jom..

Hari Pertama - Kemas almari baju dalam bilik tidur, lipat kaedah konmari.

Amati dan tengok satu persatu setiap helaian dalam almari kita. Haa kalau korang tengok Marie Kondo punya series kat netflix, langkah pertama ialah kumpulkan semua baju letak di atas katil buat macam gunung. Dari situ kita boleh tengok tinggi gunung mana baju baju yang kita dah kumpul. Ada cam bukit kutu ke gunung nuang ke ikut masing masing punya habit la.

Tanya diri sendiri; mana yang selalu pakai, mana yang sparks joy. Pegang setiap helai, kalau rasa happy, simpan. Kalau rasa size baju tu tak kena, yang simpan sebab sekali pakai je, cakap terima kasih dan bye bye. 

Kaedah konmari cadangkan kita supaya lipat dalam bentuk yang kita boleh tengok setiap helaian baju in one glance. Gitu. So, takkan ada baju yang tersorok yang lepas berkurun pun kita tak ingat eh, ada lagi baju tu...

Hari Kedua - Bagi ruang di pintu masuk rumah untuk keperluan harian

Pintu masuk rumah selalunya ada tempat di mana kita letak kunci, surat-surat, kasut, beg, semua barang dalam poket dan sebagainya. Ambil 10 minit dan kemas supaya hanya barang yang betul betul penting je letak kat sini. Takdela kunci kereta asyik hilang, misplaced ke apa

Hari Ketiga - Buang atau kitar semula kertas, majalah dan surat khabar lama

Kalau ikut kaedah konmari, simpan kertas kertas atau buku lama ni cuma membazir ruang dan mengumpul habuk je. Kita sebenarnya hanya perlu simpan yang penting, iaitu warranty card (ni pun kalau dah habis, boleh buang), sijil lahir, sijil kahwin, sijil sijil penting buh dalam CV, sijil insurans, haa tu je la. Yang lain lain macam resit, bil letrik dua tahun lepas tu, semua dah boleh recycle la kot.

Buku buku yang kita simpan pun kena pastikan yang betul-betul kita sayang dan rasa macam nak baca lagi. Kalau memang taknak baca, boleh la bagi orang lain baca. Kan ke lagi dapat pahala tu..

Hari Keempat - Kosongkan rak-rak dan almari di ruang tamu dan ruang makan

Hari yang keempat dah lebih separuh minggu sepatutnya dah makin senang. Kecuali kalau rak kita penuh dengan barang barang hiasan yang taktau datang dari mana. Sama macam hari ketiga yang kita buat dengan buku buku, barang barang lain pun kita boleh guna kaedah yang sama. Keep in mind, ramai lagi yang akan rasa benda tu berguna kalau bukan kita. So, donate! 

Hari Kelima - Hadkan barang bilik air atau meja make up kepada yang penting sahaja

Bilik air selalunya banyak gila barang. Kadang kadang taktahu kenapa rumah yang ada 4 orang je tapi berus gigi dalam bilik air ada 8, sabun ada 3-4 jenis. Hehe. Cuma kena ingat, kita takkan guna dua jenis shampu dalam satu masa. Jadi, hadkan dan setia kepada satu. Jimat ruang dan masa untuk memilih sabun apa nak pakai harini. Tahu tak barang mandi dan make up pun ada expired day? Selalu bedak compact tu ada gambar botol & 6m kat bawah kotak, maksudnya lepas 6 bulan kita bukak bedak tu, bahan dalam produk dah tak elok dah nak pakai.

Hari Keenam - Hadkan dan limitkan barang dalam kategori linen dan tuala

Cadar dan tuala selalu disimpan lama sebab prepare kalau kalau tetamu datang. Muhasabah diri kejap dan simpan yang cantik dan elok sahaja. Kadang kadang ada tuala yang dah berbulu tu, buang saje lah haha. Kalau yang masih boleh dipakai, tapi melebihi yang diperlukan, boleh sedekah. Boleh tengok tedtalk: how many towels do you need. 

Hari Ketujuh - Susun atur kabinet dapur dan peti ais

Buat keputusan samada barang dalam kabinet dapur kita disimpan sebab akan digunakan atau sebab nak penuhkan kabinet. Macam biasa, buang yang expired, derma yang taknak makan tapi masih elok, dan buang yang tak elok.


Hello hello, Siapa berjaya sampai ke hari 7??

Ahad, 14 Julai 2019

Tutup ASBF - Berapa lama dapat duit principal

Oh haritu aku try la nak tambah ASBF ni saje untuk tambah simpanan. Aku buat macam duit kutu je sebab kengkadang hujung tahun dapat dividen tu aku guna je duit tu untuk belanja orang ke beli perabot ke beli motor pergi bercuti. Siapa yang rasa susah nak menyimpan tu boleh la buat force saving macamni.

Aku start buat ASBF masa start intern tahun 2013 dulu, start dengan RM10k je di Maybank KLCC. So sebulan bayar RM63. Tak rasa sangat pun sebab telefon pun aku pakai prepaid je sampai la dah 4tahun kerja baru tukar jadi postpaid. Masa tukar kerja dari Publika ke Mont Kiara tahun 2015, gaji ada naik sikit aku tambah lagi 40k di Maybank Mont Kiara. Sebulan RM245. Total sebulan RM308 la komitmen untuk simpanan ASB. Bolehlah kumpul duit kawin.

Baru baru ni (June 2019) aku pergi bank sebab rasa macam nak tambah lagi. Bila dah proceed tambah baru aku terfikir nak tanya, oo saya ada pernah buat ASB 50k bayar RM308 sebulan. Kalau ikutkan sekarang ni interest untuk 51k boleh dapat 4.9% je compare dengan aku buat 10k dulu 5.35%,  dan 40k tu 5.0%. Boleh refer kat bawah untuk jadual ansuran pelaburan ASB yang baru. Take note yang bayaran ansuran tu belum termasuk insurans/takaful.


Bila orang Maybank kirakan dia kata lebih berbaloi jual je sijil lama, buat baru (aku taktau la kalau buat baru dia dapat komisen ke apa haha) tapi kalau jual sijil lama boleh dpt dalam around RM4k. Pastu aku cakap aku okay je dengan amount sekarang around RM308 tu, so proceed untuk buat sijil baru RM55k dengan bayaran bulanan RM304. Wah jimat RM4 dan lebih dividen sebab ada extra RM5k. Cuma nak buat sijil baru tu kena charge RM10 untuk stamp duty & RM50 untuk proses sijil tu. (RM10 tolak dari saving, RM50 termasuk dalam loan). 

Kalau compare RM55k dalam jadual kat atas tu ansuran untuk 30tahun cuma RM292, tapi total sebenar kena bayar RM304 sebab termasuk takaful. Takaful ni kalau ada terjadi apa apa kepada aku, kematian atau kecacatan kekal, total loan baki daripada RM55k yang belum bayar tu dikira habis bayar dan dapat kepada waris.

So aku submit borang penjualan sijil pada 20/6/2019. 

1/7/19 saving account aku masih ditolak RM308 untuk sijil lama (dah diberitahu oleh pegawai Maybank tu penjualan sijil akan ambil masa dalam sebulan)

8/7/19 akaun ASB dah tolak 40k tapi dalam Maybank2u masih ada jumlah loan.

11/7/19 akaun ASB tolak lagi 10k

12/7/19 Maybank2u akaun loan dah jadi positif RM3k. 2 hari float dalam saving account

13/7/19 Duit dah masuk dalam saving account & boleh di keluarkan. Yehoo (Tapi 3k je la principal utk loan 40k)

Yang ASBL 10k tu tak sure kenapa lambat sikit, mungkin sebab masa buat loan tu bukan buat kat cawangan mont kiara jugak kot.

16/7/19 Principal 1k ada one day float utk ASBL 10k. Dan keesokannya duit masuk dalam saving.

Overal, duit principal boleh dapat tak cepat dan tak lambat sangat pun. Still dalam range sebulan daripada hari submit form jual.

Sekiann 


Selasa, 4 Disember 2018

Admission Cost Laparoscopy- Hospital Pantai

Kalau plan nak masuk/ admitted to Hospital Pantai KL, ni semua yang kena prepare (based on my experience in November 2018)

1. Walaupun korang ada GL, masih kena prepare duit untuk deposit. Hospital Pantai kata ni antara pesakit dan hospital. Haritu aku ada GL yang tunjuk macam ni


Perenggan pertama tulis Admission Guarantee RM1000 tu aku ingat takyah la nak bayar deposit, tapi kena jugak bayar sebab yang ni untuk cover benda benda yang tak cover (boleh refer dalam perenggan kedua GL). Deposit yang kena bayar adalah RM600. Mahal gak kan? Tapi haritu aku tanya officemate aku dia admitted sebab sakit belakang, kena bayar deposit RM300 camtu je. Depends admitted sebab apa kot? Anyway, for info, prince court takyah bayar pape deposit pun.

2. Kena bawak baju sendiri. Sehari sebelum admitted, staff Hospital ada call ingatkan pesakit kena bawak baju sendiri. So pandai pandai la korang agak berapa hari baju kena stay. Haritu aku cam ingat oh tiga hari je kot. Harini operate esok boleh keluar, last last cam tak cukup plak. Lagi satu, eloklah pakai baju yang berbutang ke.. Sebab tshirt sarung dari atas tu tak ke macam susah gitu, lagi lagi ada wayar berselirat kat tangan.

3. Hospital Pantai selalu penuh, so kena prepare la untuk tak dapat bilik sorang yang orang lain tak boleh teman bermalam. Ikut nasib. Tidur la sengsorang

4. Setiap pagi akan ada staff tanya "nak tukar cadar tak?". Aku sarankan kalau takde masalah, jangan tukar. Kenapa?
sebab semua tu akan di charge. Hahar aku buat silap la last day tu aku tukar, sebab ada darah sikit kat cadar - weh padahal nak balikk dahhh. Total 4 hari, aku tukar cadar last day sahaja, kena charge - sarung bantal je da RM20.80, bedsheet RM15, taktau apa satu lagi bedsheet RM52.40 tu tah selimut kot. Bila dah balik tu siap cakap kat husband, kalau tau dia charge, dah amek dah bawak balik cadar tu hahahah

Jumlah kos laparoscopy untuk ovarian cystectomy kalini RM19,337.20. Sebbaik ada insurance company hahar. 



Selasa, 20 November 2018

Hari Laparoscopy

Masa aku nak masuk hospital, aku banyak jugak cari blog untuk aku baca pasal pengalaman orang camne dia kena operate n so on, so aku pun rasa macam nak tulis la pengalaman aku supaya orang yang nak kena laparoscopy nanti pun boleh expect what will happen. Tapi ni memang pengalaman aku je la, orang lain mungkin lain pengalaman dia.

Aku admitted di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Bangsar pada 14/11/18 petang. Pagi tu pun sempat je masuk kerja pergi office sebab rasa bersalah nak MC awal hahar. Sampai kat hospital pukul 2, register kat admission counter tapi sebab hospital pantai macam ramaii gila orang, lama kot tunggu. Pukul 3.50 petang baru dapat bilik. Tu pun dapat 2 bedded sebab 1 bed room dah penuh. Husband aku dah siap bawak baju dah nak tidur kat hospital tapi sebab 2 bedded, nurse tak bagi stay lebih pukul 10 malam, takut ganggu roommate la kott. Roommate sangatt. 

Hari pertama walaupun 2 bedded, satu lagi katil kosong je. Bila dah masuk lepak lepak tengok tv kat bilik dengan husband, lewat petang sikit nurse datang ambil darah. Sebenarnya aku tak bagitau sesape sangat pun aku masuk hospital. Husband aku je bagitau family dia. Aku siap cakap lagi kat dia sebelum masuk hospital tu, "takyah bagitau sesape la ek" pastu dia cakap 'haah bagitau family dan yang terdekat je la kan' Hahahahh aku dalam hati macam tu sesape la tu lol. So petang tu in laws datang. Actually, aku pun taktau apa benda baik aku buat kat dunia ni sebab dapat keluarga/mertua yang baik macam ni. Dorang hari hari datang kalau aku masuk hospital, saje bagi semangat kasi peluk cium. Huuuu ok sambung cerita, malam first, doktor bius aku, Doktor Nazri datang buat simple check up untuk esok. Dia tanya ada allergy tak etc. Doktor Nazri ni macam sangat friendly and suara dia senang nak kenal, dia bagitau operation esok pukul 1 petang, operation last dengan Dr Hamid Arshat. Dan malam tuu, tidur la sengsorang kat hospital


Hari khamis 15/11/18, sebenarnya tak boleh nak tidur sebab tak pandai tutup lampu yang atas kepala. Noob gila. Aku siap whatsapp husband aku tau tak camne nak tutup lampu, tapi malam tu dia dah tidur sadis sungguh pagi pagi pukul 4.30 pagi nurse datang macam kejut gitu haha, pastu dia cakap dia nak bagi ubat pastu tanya dah shave ke hahaha nasib baik dah. "Ok mengiring pastu tarik seluar paras peha" Nasib baik aku tengah mamai aku ikut jela Piuu di tembak ubat berak ikut bontot. Eh ok, geli ke cerita ni? Ermm skip la kalau taknak baca haha. Pastu dia pesan "Ubat ni tahan 5minit nanti bila rasa nak berak boleh berak ye" aku pun cam okay nurse. Tak sampai seminit je bergelodak perut haharr and the rest is history. Sempat jugak la aku tanya nurse camne nak tutup lampu rupanya ada tali halus tu kena tarik untuk tutup. Haiyoo lepas subuh aku pun sambung la tidur hu hu hu

Sementara tunggu operation pukul 1 tu lepak jela taktau nak buat apa tengok tv pun macam tv yang tengok aku, tiba tiba datangla roommate aku, orang korea plak tu. Dia ada breast cancer. Tapi aku tak borak pun ngan dia sebab dia tak suka pasang aircond. Saje je nak bagitau walaupun tak kena mengena. Dalam pukul 12 nurse dah suruh aku siap siap pakai gown ot. 


Nurse cakap nak bagi injection untuk hilang nerves, tapi aku macam nak cakap kat dia aku tak nerves  pun tapi aku redha je la dia inject kat punggung.. huuu lepastu terus rasa macam ke awang awangan ngantuk gitu. Sebelum tolak pergi operation theater tu, nurse tanya "Harini puan akan buat operation apa?" "Dengan doktor mana?" "Siapa doktor bius?" "Ni tandatangan siapa?"*sambil tunjuk sign aku kat concern form tu. Aku jawab la semua, ada jugak cheat sebab tak ingat nama doktor bius tu aku intai kat board belakang katil aku. Masa exam pun tak buat cemni.

Nurse tolak katil yang sama untuk masuk OT. OT kat level 1, dalam perjalanan tu, husband dengan in laws aku pun ikut la sekali. Sampai depan bilik sebelum OT tu ada satu bilik waiting room yang dorang boleh tunggu kat situ. Aku pun masuk dalam ruang menunggu untuk operation tu dan ada nurse lelaki yang tanya soalan sama macam nurse kat bilik awal tadi tanya. Kali ni lancar je la aku jawab, walaupun suara slow je sebab ngantuk. Dia tanya tadi ada nurse bagi ubat ke tak etc untuk double confirm. Baguih la naa hospital pantai ni. 

Tunggu punya tunggu, sampai la Doktor Nazri datang dan cakap mende yang aku tak ingat. Dia yang tolak katil aku sampai ke OT. Yang aku ingat dia cakap "second thinnest patient for today ya" sambil gelak. Amboi. Pastu ada la beberapa orang dalam OT tu, aku kena tukar katil dan tangan kiri kena serahkan kat Dr Nazri untuk dibius. Pastu bila rasa cam sakit je kena cucuk ada nurse bagi gas ikut mulut tu, terus padam.

Sedar sedar dah ada nurse tengah check file aku. Tapi dia tolak balik aku kat ruang menunggu yang awal awal aku masuk tadi. Mamai gila time ni, bila start nurse tarik katil aku, aku tanya dia "What time is it now?" Nurse jawab 'Near to 7' . Aku pun cam "Ha?" Dia ulang '15 minutes to 7'. Dalam mamai tu pun aku boleh fikir apasal lama sangat kesian la laki aku tunggu lama oi. Rupanya nurse cakap aku kena tahan lama sebab BP aku low. Doktor tak happy tengok BP, dia bagi stabil baru dia lepaskan aku.

Sakit tu rasa la masa nurse suruh ngengsot tukar katil. Rasa macam perut ni baru lepas kena toreh. Tapi memang pun kan. Terus la tidur sampai keesokan harinya. Sedar sekejap sekejap je macam mimpi masa husband cakap nak balik dah dan dengar orang orang borak gitu. 

Bangun pagi pun macam tak bangun gak sebab dah pakai tube kencing ngan ada satu tube darah apa tah sambung kat perut. Bapak ngeri nye aku tengok. Pastu kat tangan pun ada masuk air ngan ubat tahan sakit kot. Subuh subuh tu Dr Nazri datang tanya ok tak apa semua. Aku pun cam "Doktor, should i move around?" Doktor cakap "No no, don't move" Pagi sikit dalam pukul 8 tu Doktor Hamid Arshat datang, cerita apa dia buat masa operation. Dia cerita detail buang cyst 5cm dan bagi aku semangat, ada je yang lagi teruk boleh pregnant dia kata, pastu dia pesan jaga makan, kalau boleh jadi vegetarian, aku pun mamai mamai tu tangkap sikit sikit jela. Dia kata esok pagi dah boleh discharge.

Bila doktor kata esok boleh discharge, aku dalam kepala rasa macam eh patutnya aku dah boleh jalan ni. Tapi camne nak jalan sebab ada segala macam tube ni. Bila nurse datang pun aku duk tanya bila boleh remove tube sebab doktor kata boleh discharge esok. Haha nampak tak semangat tu. Petang tu nurse remove tube kencing. Nyilu siot. Pastu beberapa jam kemudian tanya aku dah kencing belum. Aku cakap la belum sebab camne nak kencing ada tube darah kat perut dengan tangan ni ada masuk ubat gantung tu lagi. Bila dah habis ubat tu, nurse cabutkan, baru la free sikit, aku pun try tukar posisi duduk duduk. Dah la dua hari tak mandi plak tu. Orang nak melawat pun aku macam eh malunya takyah datang pun takpe. Sorry ekyn n didi. Woha

Hari sabtu, 17/11/18 pagi tu aku dengan semangat nak balik, tunggu husband datang untuk settle bill discharge. Pagi pagi nurse datang, dia pakai baju IMC warna putih cakap nak cabut tube yang darah tu. Dia ditemani nurse pakai baju pink so aku cam assume dia ni budak tengah training ke intern kot sebab aku tengok dia pegang kapas pun gigil gigil je. Dia bukak plaster kat perut aku siap tertekan perut aku. Aku pun pegang je tangan dia cakap "u tekan perut i" Haha.. Lepastu nurse pakai baju pink ni ambil alih, dia cabut plaster slow slow je siap borak lagi share pengalaman akak pun penah kena, doktor tarik plaster laju laju, ni akak buat slow slow ye.
Image result for laparoscopy
If you guys wonder camne luka operation laparoscopy kat perut, ada tiga lubang. macam dalam gambar (tapi gambar ni ada 4. anggap la ada 3 je pilih la memana point haha). Nak gambar lain gugel la sendiri

Okay, part paling nyilu sekali dia cabut tube vacuum darah tu belah kiri perut. I cried a river. Budak baju putih yang gigil tu plak tu yang tarik. Sakit siot takleh digambarkan dengan kata kata dia siap tarik tiga fasa lagi. Nurse baju pink pun banyak kali pesan kat dia kasi patient bertenang dulu. Tarik nafas, tarik! tarik nafas, tarik! (Ok dah macam tarik tali)

Image result for laparoscopy blood tube
tube tu macam ni, kalau korang tanya kenapa sambung dalam perut, i have no idea.


Lepas cabut semua jarum kat tangan apa semua, nurse tu spray waterproof spray untuk elakkan luka kena air. Sebab luka tu masih berjahit. Nampak la ada benang. Hari ke-11 baru kena pergi klinik untuk cabut jahitan. Then, husband datang, settle GL, balik rumah mandi, Pastu pergi nikah Suraya  macam takde apa jadi hahah. So, harini, hari ke-7 masih berehat di rumah, buat blog cite kat orang. Kalau tanya do you want to undergo another surgery, the answer is definitely no, thank you.

me walking away from the hospital haha




Interview Petronas - Experienced hire 2019

Soalan soalan interview petronas mostly pasal macamane kita handle situation, experience dengan masalah yang kita pernah hadapi. Bagi aku, s...